How to become a teacher

Bagi anda yang sudah lama menunggu iklan Permohonan Kursus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM) atau Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2012, berikut adalah berita baik kepada anda semua.

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon lulusan SPM  yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Maklumat mengenai program ini adalah seperti berikut:

KETERANGAN PROGRAM:

  • Nama Program: Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)
  • Jenis Ijazah: Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujuan
  • Mod Kursus: Sepenuh Masa

STRUKTUR PROGRAM

  • Program Persediaan: Lapan Belas Bulan (tiga Semester)
  • Program Ijazah: Empat Tahun (Empat Semester)

SYARAT DAN KELAYAKAN ASAS

  • Warganegara Malaysia.
  • Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2012 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 1992.
  • Calon hendaklah sihat fizikal dan mental.
  • Calon hendaklah aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  • Mempunyai kelayakan akademik di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan cemerlang dalam mana-mana tiga mata pelajaran. DAN sekurang-kurangnya kepujian dalam tiga mata pelajaran berikut:
    • Bahasa Melayu
    • Sejarah
    • Satu mata pelajaran yang lain serta ;
    • lulus Bahasa Inggeris

PROGRAM PENGAJIAN YANG DITAWARKAN

1. Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP).

  • Program ini dikhususkan untuk melatih guru-guru di Institut Pendidikan Guru (IPG)/Maktab Perguruan dan institusi-institusi lain yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dalam pelbagai bidang bagi keperluan di sekolah rendah.
  • Sebagai prasyarat, calon dikehendaki mengikuti Kursus Persediaan selama lapan belas bulan di institut berkenaan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
  • Calon perlu lulus Kursus Persediaan sebelum ditawarkan untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISM) selama empat tahun di Institut Latihan Perguruan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.

BIDANG PENGKHUSUSAN YANG DITAWARKAN

1.  Sekolah Kebangsaan (SK)

2.  Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

3.  Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

Kemaskini: 22 Mac 2012 :
Rujuk laman http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/bidang-ditawarkan.cfm untuk maklumat bidang yang ditawarkan

CARA MEMOHON

  • Permohonan hanya boleh dibuat secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia (http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/) mulai 22 Mac 2012.
  • Permohonan dalam talian boleh dibuat dengan menggunakan Nombor Pengenalan Individu (PIN) yang boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional di seluruh negara mulai 22 Mac 2012 dengan bayaran RM 6.00 (Ringgit Malaysia Enam sahaja) melalui saluran kaunter, mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkas (SMS). Pembelian nombor PIN melalui saluran mesin ATM, Perbankan Internet dan Perbankan Sistem Maklumat Ringkat (SMS) adalah bagi pemohon yang mempunyai akaun dengan Bank Simpanan Nasional.
  • Pemohon juga dinasihatkan melayari laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia bagi mendapatkan maklumat iklan, bidang pengkhususan dan gred minimum serta kalendar aktiviti sebelum membuat permohonan.
  • Calon dibenarkan mengemukakan SATU permohonan sahaja.
  • Calon boleh menggunakan nombor PIN yang sama untuk membuat pindaan butiran kepada permohonan yang telah dihantar. Pindaan butiran permohonan dihadkan tiga kali sahaja dan hendaklah dibuat sebelum tarikh tutup permohonan.
  • Maklumat yang tidak benar dan tidak lengkap boleh mengakibatkan permohonan ditolak.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN
Tarikh tutup permohonan secara online adalah pada 05 April 2012.

MAKLUMAN DAN PERHATIAN

  • Calon yang dipanggil temu duga dikehendaki menduduki ujian Inventori Sahsiah Keguruan (INSAK) semasa menghadiri temu duga.
  • Pemilihan calon untuk mengikuti kursus perguruan adalah bergantung kepada kedudukan pencapaian merit skor akademik, prestasi dan temu duga dan keputusan ujian INSAK. Keputusan oleh Jawatankuasa Pemilihan adalah muktamad.
  • Kementerian Pelajaran Malaysia berhak menawarkan program atau bidang pengajian bukan pilihan dan menempatkan calon yang berjaya di mana-mana Institut Pendidikan Guru (IPG).
  • Calon dinasihatkan menyemak status permohonan mereka dari semasa ke semasa untuk status panggilan temu duga dan juga tawaran ke IPG yang ditetapkan.
  • Tiada surat menyurat dikeluarkan untuk panggilan temu duga. Segala perbelanjaan dan risiko menghadiri temu duga adalah tanggungjawab calon sendiri.
  • Surat tawaran rasmi bagi calon yang berjaya akan diserahkan di IPG yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia setelah calon melapor diri di IPG.

PERTANYAAN

Sila hubungi alamat berikut sekiranya ada sebarang pertanyaan berkaitan permohonan:

BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 3, BLOK E13, PARCEL E
KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62604 PUTRAJAYA
(U.P: UNIT PENGURUSAN PEMGAMBILAN PELAJAR)
NO. TELEFON: 03-88841260/1249/1246/1242/1245

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SABAH
D/A INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS GAYA
PETI SURAT 10491
88805 KOTA KINABALU, SABAH
NO. TELEFON: 088-236804

URUS SETIA BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU
CAWANGAN SARAWAK
JALAN COLLEGE93259 KUCHING, SARAWAK.
NO. TELEFON: 082-258045

Maklumat lanjut akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Kemaskini 22 Mac 2012 – 3.00 p.m: Laman web untuk permohonan masih belum diaktifkan. Berkemungkinan pada lewat petang nanti. Pautan ke laman web tersebut akan dikemaskini nanti jika sudah ada. Harap dapat bersabar.

Kemaskini 22 Mac 2012 – 7.40 p.m: Laman web untuk permohonan masih belum diaktifkan. Harap terus dapat bersabar dan sentiasa ikuti kemaskini di http://www.moe.gov.my

Kemaskini 22 Mac 2012 – 10.00 p.m: Laman web untuk permohonan masih belum diaktifkan. Ikuti kemaskini dari semasa ke semasa di http://www.moe.gov.my

Kemaskini 22 Mac 2012 – 11 p.m: Aplikasi Permohonan Online boleh dibuat di: http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/. (Untuk mengelakkan sebarang masalah, pemohon dinasihatkan supaya tidak terburu-buru membuat permohonan kerana berkemungkinan sistem tersebut belum stabil sepenuhnya/masih ada ralat. Sila tunggu KPM mengeluarkan kenyataan rasmi di laman web: www.moe.gov.my)

Kemaskini 23 Mac 2012 – 12 p.m: Aplikasi Permohonan Online kini boleh dilayari di: http://apps1.moe.gov.my/kplspm/kplspm2012/ (Kenyataan rasmi di laman KPM telah dikeluarkan).

 

Syarat Khusus Bidang

PROGRAM PISMP
BIL BIDANG GRED MINIMUM
1 Pengkhususan : Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
SJKC Bahasa Melayu C
Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Melayu C
Bahasa Tamil C
2 Pengkhususan  : Pengajaran Bahasa Inggeris sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah
SK Bahasa Inggeris C
SJKC Bahasa Inggeris C
Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Inggeris C
Bahasa Tamil C
3 Pengkhususan : Bahasa Tamil Pendidikan Rendah
SK Bahasa Tamil C
4 Pengkhususan : Bahasa Cina Pendidikan Rendah
SK Bahasa Cina C
5 Pengkhususan : Bahasa Arab Pendidikan Rendah
SK Bahasa Arab C
Pendidikan Syariah Islamiah C
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah C
6 Pengkhususan : Bahasa Kadazandusun Pendidikan Rendah
SK Bahasa Kadazan Dusun C
7 Pengkhususan : Bahasa Iban Pendidikan Rendah
SK Bahasa Iban C
5 Pengkhususan : Matematik Pendidikan Rendah
SJKC Matematik C
Matematik Tambahan C
Bahasa Cina C
SJKT Matematik C
Matematik Tambahan C
Bahasa Tamil C
9 Pengkhususan : Sains Pendidikan Rendah
SJKC Sains C
Bahasa Cina C
SJKT Sains C
Bahasa Tamil C
10 Pengkhususan : Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran Pendidikan Rendah
SK Bahasa Melayu C
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
11 Pengkhususan : Pengajian Sejarah Pendidikan Rendah
SK Sejarah C
SJKC Sejarah C
Bahasa Cina C
SJKT Sejarah C
Bahasa Tamil C
12 Pengkhususan : Bimbingan dan Kaunseling
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
Nota : Mata pelajaran yang berkaitan juga dipertimbangkan.
13 Pengkhususan : Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
SK Pendidikan Syariah Islamiah C
Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah C
Bahasa Arab C
14 Pengkhususan : Pendidikan Seni Visual Pendidikan Rendah
SK Pendidikan Seni Visual C
SJKC Pendidikan Seni Visual C
Bahasa Cina C
SJKT Pendidikan Seni Visual C
Bahasa Tamil C
Nota: Mata pelajaran yang berkaitan juga dipertimbangkan.
15 Pengkhususan : Pendidikan Jasmani Pendidikan Rendah
SK Bahasa Melayu C
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
Nota: Pemilihan bergantung kepada skor merit calon dalam aktiviti kokurikulum.
16 Pengkhususan : Reka Bentuk dan Teknologi Pendidikan Rendah
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
Nota:Pemilihan bergantung kepada kesesuaian mata pelajaran yang diambil di peringkat SPM
17 Pengkhususan : Pendidikan Pemulihan Pendidikan Rendah
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
18 Pengkhususan : Pendidikan Muzik Pendidikan Rendah
SK Bahasa Melayu C
SJKC Bahasa Cina C
SJKT Bahasa Tamil C
Nota: Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki sijil muzik daripada mana-mana pusat latihan muzik atau berkebolehan bermain alat muzik

 

EduSpiral Consultant Services- Your Personal Online Education Advisor

Established since 2009, EduSpiral Consultant Services helps provide information and counselling on courses and universities in Malaysia. EduSpiral Consultant Services also represents Northampton University, UK, MDIS Singapore and Hong Kong Polytechnic University.

EduSpiral gets to know our students personally in order to be able to advise on which course & university is the best such as these 2 students after a visit of Asia Pacific University
EduSpiral gets to know our students personally in order to be able to advise on which course & university is the best such as these 2 students after a visit of Asia Pacific University

EduSpiral Consultant Services represents the best colleges and universities in Malaysia offering a wide range of choices for students to choose from. These colleges and universities offer value for money in the quality of education and excellent facilities that you get. These universities and colleges are chosen by EduSpiral because they represent the best in their fields in Malaysia and affordable.

EduSpiral Consultant Services represents the best colleges and universities in Malaysia offering a wide range of choices for students to choose from. These colleges and universities offer value for money in the quality of education and excellent facilities that you get.

These universities and colleges are chosen by EduSpiral because they represent the best in their fields in Malaysia and affordable. EduSpiral provides in-depth information and counseling on their courses so that students are able to make the right choice.

If you are still not sure what to study, please contact us and we will send you a free EduSpiral Career Assessment Form.

Please contact us for more details.

Please fill up the form for more information. If you do not give your mobile number or full name as in IC, your query will not be answered. Please make sure you give a correct email address and check your email including the SPAM or JUNK email folder within 48 hours as we will email you the information. 

  

 

Write your comment or question & our experts will reply you soon

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

FREE Professional Education Advise

Choosing the Right Course can be Confusing. You don’t want to have chosen a Course and then graduate to find yourself Jobless, with Low Salary or Not Interested in the Career.

Choosing the Best University is also important as it will Help develop your Potential to Succeed in Your Future Career.

With More than 30 years of Experience & Knowledge come Chat with me to Choose the Right Course & the Best Private University 

What You Choose Now, will Change Your Life Forever!

Fill in the Form for Genuine Expert Advise

If you are the Parent, please provide your Child’s Details

By filling up the form you accept our Privacy Policy & allow us to share with our partner universities related to your interests. EduSpiral Consultant Services abides by the Personal Data Protection Act (PDPA) & do NOT sell your Personal Data.

EduSpiral Consultant Services is an officially appointed representative for over 20 private colleges & universities in Malaysia.